Bab Tanaman Hiasan

TANAMAN HIASAN

5.1 Pemasuan Semula
poko hiasan

Tujuan Memasu Semula
1. Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrient, air dan cahaya matahari
2. Membolehkan pasu atau bekas dialihkan dan dipindahkan dengan mudah
3. Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja
4. Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman
Ciri-Ciri Tanaman Hiasan Memerlukan Pemasuan Semula:
padat dak berakarpemasuanpasu pecahakaar
1. Pasu telah retak atau pecah

2. Medium terlalu padat menyebakan akar sukar menembusi medium

3. Akar terkeluar daripada lubang saliran pasu
4. Air siraman didapati bertakung di permukaan medium
5. Tanaman hiasan kurang subur dan berpenyakit

Memilih Pasu
pasu1pasu2
- Terdapat pelbagai jenis pasu yang ada di pasaran seperti pasu seramik, pasu tanah liat dan pasu plastic.
- Selain pasu, tayar terpakai, sabut kelapa, kotak kayu boleh digunakan
Ciri-ciri utama pemilihan pasu ialah:
  • Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak dipasu semula
  • Pasu hendaklah mempunyai lubang saliran bagi memudahkan air yang berlebihan keluar
  • Mudah dibersihkan
  • Menarik dan kemas
  • Ringan supaya pasu mudah dialihkan.
Kelebihan menanam tanaman dalam pasu
- Tanaman mudah dialihkan
- Tidak memerlukan kawasan yang luas
- Boleh disusun dengan susunan yang menarik
Kekurangan menanam tanaman dalam pasu
- Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja
- untuk tanaman jangka masa singkat sahaja
- perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur
Menyediakan Medium Memasu
Medium memasu terdiri daripada campuran: (LOP)
I) tanah loam (L)
II) bahan organik (O)
III) pasir sungai (P)
medium campuran
Campuran medium memasu

Nisbah penyediaan bahan-bahan ini ialah(berdasarkan isipadu):
  1. 7:3:2 atau
  2. 3:2:1 (jika tanah loam mengandungi kadar tanah liat yang tinggi)
Aktiviti: Penyediaan Medium Memasu
Langkah-langkah:
  1. Longgokkan ketiga-tiga bahan (tanah loam, bahan organic dan pasir sungai) secara berasingan
  2. Tapiskan medium tersebut, untuk mengasingkan kayu, batu atau objek lain yang tidak diperlukan.
  3. Sukat medium memasu menggunakan baldi kecil mengikut nisbah.
  4. Gunakan sudip tangan untuk mengaulkan medium itu supaya sebati.
  5. Masukkan medium tadi ke dalam pasu sehingga ¾ bahagian pasu
  6. Siram medium di dalam pasu tadi sehingga lembap.
Tips Penyediaan Pasu
- Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman tersebut
- Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal
- Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air
- Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria
- Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram
Aktiviti: Memasu Semula Tanaman Hiasan
Langkah-langkah:
  1. Lembapkan medium tanaman hiasan
  2. Pangkas akar yang terkeluar dari lubang saliran dengan parang
  3. Ketuk dinding pasu secara perlahan-lahan supaya medium tidak melekat pada dinding pasu.
  4. Pegang pangkal tanaman hiasan. Tarik perlahan-lahan untuk mengeluarkannya atau terbalikkan pasu, kemudian ketuk secara perlahan-lahan sehingga medium asal keluar dari pasu.
  5. Pangakas dahan dan ranting yang tidak diperlukan pada pokok tersebut menggunakan sekateur
  6. Potong 1/3 bahagian medium lama.
  7. Letakkkan 2/3 bahagian medium lama yang dipotong di tengah-tengah pasu.
  8. Tambahkan medium memasu sehingga 2.5cm dari bibir atau permukaan pasu.
Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu
anak pokok



Penjagaan Tanaman Hiasan
A. Merumput
merumput

- membuang rumpai bagi mengelakkan persaingan antara rumpai dan tanaman hiasan bagi mendapatkan nutrient, cahaya, air dan ruang.
B. Menggembur Tanah
mengembur

- Untuk melonggarkan medium yang keras atau padat bagi memudahkan akar menyerap air dan nutrient.
- Untuk memudahkan akar menembusi tanah dan membaiki pengudaraan tanah.
C. Membaja
membaja tanaman
- Membekalkan nutrien mencukupi untuk tumbesaran tanaman hiasan. Boleh guna baja kimia atau baja organic.
D. Menyiram
menyiram
- Membekalkan air mencukupi untuk tanaman. Jangan menyiram terlalu tinggi daripada permukaan medium kerana akan menyebabkan medium perpercik keluar daripada pasu
poko pasu1pasu pokok
Alatan :
Sudip Tangan
sudip tangan
Sekateur
sekateur
Serampang Tangan
serampang tangan
Bekas Menyiram
bekas menyiram
0 Responses