BAB Kerja Paip

SISTEM BEKALAN AIR
  1. Sistem bekalan di rumah terbahagi kepada dua
    1. Sitem bekalan terus
    2. Sistem bekalan tidak terus
  2. Sistem bekalan tidak terus menggunakan tangki simpanan air untuk membekalkan air untuk kegunaan bilik air dan tandas


Sistem bekalan air tidak terus
A = paip bekalan , B = meter air , C = paip perkhidmatan, D = paip perkhidmatan,
E = kunci paip , F = tangki simpanan air , G = tab mandian dan tandas,
H = tab sinki cuci tangan , I = sinki dapur , J = paip agihan

TANGKI SIMPANAN AIR

  1. Kegunaan
    - untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan tandas dan bilik mandi serta di waktu kecemasan
  2. Bahagian dan fungsi

    Bahagian Fungsi
    A Kunci paip mengawal kemasukan air ke dalam tangki melalui paip perkhidmatan
    B Paip perkhidmatan Membekalkan air ke dalam tangki simpanan
    C Injap masuk Mengawal kemasukan air ke dalam tangki
    D Pelambong Mengawal paras air dalam tangki
    E Paip cuci Mengeluarkan air semasa kerja mencuci
    F Kunci paip Membuka dan menutup paip cuci
    G Paip Agihan Membawa air ke bahagian-bahagian dalam rumah
    H Paip limpah Mengeluarkan air sekiranya injap rosak
    I Penutup tangki Melindungi air dalam tangki daripada pencemaran


TANGKI SIMBAH
  1. Kegunaan
    Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul
  2. Bahagian dan fungsi

    Bahagian Fungsi
    A Paip Limpah Mengeluarkan air yang berlebihan
    B Pelampung Mengawal paras air dalam tangki
    C Lengan Pelampung memegang pelampung dan menghubungkannya dengan injap bebeola
    D Tuib sifon Menolak air dengan kuat ke dalam mangkuk tandas
    E Paip alur keluar Membawa air ke dalam mangkuk tandas
    F Injap gegendang Memulakan gerakan menolak air ke dalam mangkuk tandas
    G Injap bebeola Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah
    H Paip alur masuk memasukkan air ke dalam tangki simbah

  3. Jenis tangki simbah
    1. Tangki simbah aras rendah
      Dipasang satu meter dari lantai
    2. Tangki simbah aras tinggi
      Dipasang dua meter dari lantai

      i. Tangki simbah aras rendah ii. Tangki simbah aras tinggi
0 Responses