===Tentang Kita===
Melihatkan gambar ini,amat banyak maksud yang dapat diungkapkan...bahagiakah mereka?adakah ini yang kita impikan dalam hidup...mempunyai hubungan yang erat antara ahli keluarga.Apa jua yang kita tafsirkan gambar diatas...sesungguhnya berbahagialah kita dengan keluarga yang ada...bersyukurlah dengan kasih sayang yang dicurahkan sesama ahli keluarga...maka sayangilah ibu bapa yang kita masih lagi berpeluang menatap wajah mereka...suatu masa dan ketika, mereka akan meninggalkan kita...dan sebelum ALLAH menjemput mereka..anak-anak, puteri-puteri SMK CS buktikanlah kepada mereka bahawa kita ialah anak-anak yang solehah dan dapat membanggakan ibu bapa baik dalam akademik mahupun kokurikulum/budi bahasa yang baik..
Saya agak tersenyum seorang diri apabila melihatkan gambar ini...betapa indahnya perkataan senyum ini sehingga membolehkan segala stress yang melanda di jiwa hilang begitu sahaja...wahai warga smkcs dan orang luar di sana marilah kita lemparkan senyuman yang seikhlas yang mungkin kepada sesiapa sahaja...setiap senyuman itu adalah sedekah.SMILE......................