Menjahit Contoh Artikel Mudah....

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk menghasilkan satu artikel mudah yang kelihatan cantik, kemas dan mudah di bawa. Saya sempat menjenguk amali yang telah dijalankan oleh pelajar tingkatan 2. Sebelum melaksanakan projek amali ini, guru mereka telah memberikan arahan-arahan mudah seperti yang selalu dijalankan iaitu mesti membuat lakaran/rekabentuk artikel yang diinginkan...mudah tak?


Apabila arahan dikeluarkan, maka bersemangatlah pelajar untuk menyiapkan lakaran tersebut..tengoklah bermacam-macam lakaran yang dihasilkan..mana satu pilihannya hanya cikgu yang akan tentukan...ayuh kita ke langkah seterusnya...kelihatan pelajar diatas sedang melukis contoh sample jahitan...apa yang dilukiskan tuuu..


Walaupun mengejar masa menyiapkan artikel ini...sikap tolong menolong serta sayangi kawan seharusnya menjadi intipati yang tersemat dalam diri setiap pelajar...yang tak tahu buat...tolonglah mereka yek...cikgu pun kadang-kala tidak sempat nak tumpu pada seorang sahaja..proses kat atas ialah menjahit jelujur kasar..nampak simple tapi agaj rumit gak lah..Apa yang penting....ker..jasamaaaaaa.


Saya tak dapat masukkan gambar yang lain..memandangkan saya pun ada kelas yang telah diamanahkan..tapi pada akhir amali yang telah dijalankan ini, di atas saya sertakan bahan-bahan semasa menjalankan amali ini...kalau nak cuba,bolehlah hubungi kami..hehehe.hingga berjumpa di lain coretan.bye... 
0 Responses