10 minit Makanan Sajian

1 Makanan bekal diperlukan oleh
I pesakit
II vegetarian
III orang yang berkelah
IV murid sekolah
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

2 Antara jenis makanan berikut yang manakah sesuai dibawa sebagai bekalan?
I Makanan yang kering yang mudah dibawa
II Makanan yang mengandungi banyak karbohidrat
III Makanan yang tahan cuaca panas
IV Makanan yang mudah dibawa, tidak pecah dan hancur apabila dibawa
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

3 Makanan-makanan bekal terdiri daripada
A buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja
B minuman sejuk sahaja
C makanan kering yang mudah dibawa
D makanan yang seimbang

4 Apakah peraturan-peraturan apabila menyediakan makanan bekal?
I Cuci semua sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diisikan dalam beg politena
II Bekalkan makanan yang hendak dimakan dahulu di atas
III Makanan yang dibungkus mestilah tidak mudah pecah, mudah dibungkus,dipegang
dan dimakan
III makanan mestilah seimbang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

5 Anda dikehendaki menyediakan hidangan makan malam seperti menu di bawah.
Antara berikut, susunan yang manakah betul untuk memasah hidangan tersebut?
MENU
I Nasi putih
II Kari daging
III Sayur kacang buncis goreng
IV Jus tembikai

A III, IV, I, II
B II, I, IV, III
C IV, II, I, III
D III, I, II, IV

6 Antara berikut, yang manakah merupakan hidangan sepinggan lengkap?
I Nasi goreng
II Makaroni bakar
III Nasi tomato
IV Nasi ayam
A I, II, dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


MENU
Nasi putih
Kari sotong
Jus guava
Agar-agar

7 Apakah jenis makanan yang boleh ditambah untuk menjadikan menu di atas seimbang?
A Air mineral
B Mihun goreng
C Kerabu mangga
D Kastard karamel

8 Yang manakah sajian yang harus disediakan paling dahulu?
A Nasi putih
B Sambal udang
C Salad buah-buahan
D Tauhu sumbat

9 Persiapan meja dengan alatan yang lengkap dan susun atur yang betul dikenali sebagai
A kutleri
B resepi
C menu
D peranggu meja

10 Hidangan makan tengahari dan makan malam terdiri daripada makanan berikut kecuali
A makanan yang mengenyangkan
B makanan yang mengalas perut
C masakan utama yang berprotein
D masakan sayur-sayuran
0 Responses